July 24, 2010

Cekodok Geragau

0 comments
Gambar dari blog suami.

Geragau atau lebih senang anak udang.Bagi mereka yang tidak tahu apa itu geragau seperti saya mungkin tertanya-tanya macamana rupanya.Rupa-rupanya anak udang yang kecik-kecik tu.Pasti ramai yang dah biasa dengar menu ini.Mungkin bagi sesetengah,menu ini pertama kali di dengari dalam hidupnya,juga mungkin berasa pelik.Bagi saya yang pertama kali mendengar nama  menu ini berkata 'apa benda tu?'.

Mak mertua mengajar saya  cara membuat cekodok geragau.
bahan-bahannya:
geragau (anak udang)
daun limau purut (dihiris halus)
bawang merah (dimayang)
cili kering (dikisar)
tepung
garam
gula

Tepung jangan terlalu banyak takut nanti terlalu keras.Liat untuk dimakan.Goreng dalam saiz sederhana kecil supaya cekodok masak garing  dan rangup dimakan.

Pada mulanya saya teragak-agak nak makan ke tak nak.Rasa tekak macam tak leh terima je,takot rasanya yang  bukan-bukan.Usai sahaja masak cekodok,saya memberanikan diri untuk mencuba menu sarapan pagi itu.Rupa-rupanya rasanya boleh tahan sedapnya terutama yang garing.Saya makan tidaklah banyak sangat sekadar alas perut sahaja.

Banyak benda baru  yang saya selepas berkahwin dengan suami,orang Melaka.Adat budaya dan cara hidup yang berbeza-beza.Begitu juga dengan makanan.Banyak menu masakan atau makanan yang saya tak pernah jumpa dan tak pernah makan sebelum ini,saya kenal dan bercinta di rumah suami di Kampung Lereh, Tanjung Kling,Melaka.Masakan yang paling saya suka dan jatuh cinta adalah Masak Lada masakan mak.emmmmmm sedapnya.

Alhamdulillah,mujurlah saya ni tidak terlalu memilih dan cerewet dalam bab-bab makan.Mana yang lidah dan tekak saya boleh terima,saya balun jer  :)

July 21, 2010

Sudut Kreatif

0 comments
Sekadar mencuba nasib dan kebolehan diri dalam berpuitis.Menguji kekreatifan diri sendiri.Jika yang mana ada ketidaksesuian kata-kata dan ayat,kemaafan di pohon..

Impian Kesempurnaan

Andai kata  kasih sayang jadi kerinduan
Ia umpama dahan yang memerlukan ranting
Hidup adalah bayangan yang memerlukan cahaya
Merupakan sesuatu kemestian kesempurnaan hidup

Andai ranting perlukan dahan
Daun berpaut di ranting kasih
Hidup mesti mencari kesempurnaan
bersama kekasih hati disisi

Dimanakah nur kasih yang dicari?
Bidadari impian hati
Mahligai idaman ingin didirikan
Bersama PUTERI.....

Siang kian berlalu
Senja kian menghampir
Bahagia belum pasti
Tanggungjawab belum terlaksana
Harapan belum tercapai

Impian belum jadi kenyataan
Kebahagiaan dan kesejahteraan
Suatu kesempurnaan hidup
Yang belum pasti......

July 15, 2010

Entri Pertama

0 comments
Assalamualaikum, ini adalah kali pertama saya mencuba berblog. Harap dapat jumpa ramai kenalan melalui blog ini, juga saya harap kita dapat berkongsi pelbagai input yang bermanfaat. Moga kehidupan ini akan lebih bermakna dengan adanya perkongsian yang ikhlas ini.