January 3, 2011

www.nurulasyikin.com

Assalamualaikum. Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan pelawat yang telah singgah ke mari.

Untuk makluman, saya kini berblog di domain baru http://www.nurulasyikin.com. Sudi-sudikanlah melawat ke blog baru saya itu ya.

 :)

August 2, 2010

Dilema Isteri Setiap Hari

Masak ikan je lah.

Apa menu nak masak hari ni?

Setelah bergelar seorang  isteri,barulah saya faham masalah seorang isteri setiap hari.Terutama bab makan.Apa yang nak dimasak untuk sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam.Pasti buntu dibuatnya.Tambahan pula,bahan-bahan untuk memasak tidak ada stok di dapur.Nak masak kari,kari tak ada.Nak masak lemak,santan tak ada.Nak masak tom yam,serai dan daun limau purut pula tak ada.Macam-macam yang tak ada.Baru kawin la katakan.Tapi yang dah lama kawin pun alami situasi yang sama juga.Nak g kedai beli satu dua barang yang tak ada,rasa macam leceh je.Kena pula rumah jauh dari kedai.Maka bertambah-tambahlah dilema 'apa aku nak masak hari ni?'.

Sudahnya,menu bidang terjun je hari-hari.Masak yang sama je hari-hari boring juga.Kalau masak pun dah rasa boring,makan lagi la..."MuaK".Masak pun nak kena kreatif dan pandai menggunakan bahan yang terhad (itu tak ada, ini tak ada).

July 24, 2010

Cekodok Geragau

0 comments
Gambar dari blog suami.

Geragau atau lebih senang anak udang.Bagi mereka yang tidak tahu apa itu geragau seperti saya mungkin tertanya-tanya macamana rupanya.Rupa-rupanya anak udang yang kecik-kecik tu.Pasti ramai yang dah biasa dengar menu ini.Mungkin bagi sesetengah,menu ini pertama kali di dengari dalam hidupnya,juga mungkin berasa pelik.Bagi saya yang pertama kali mendengar nama  menu ini berkata 'apa benda tu?'.

Mak mertua mengajar saya  cara membuat cekodok geragau.
bahan-bahannya:
geragau (anak udang)
daun limau purut (dihiris halus)
bawang merah (dimayang)
cili kering (dikisar)
tepung
garam
gula

Tepung jangan terlalu banyak takut nanti terlalu keras.Liat untuk dimakan.Goreng dalam saiz sederhana kecil supaya cekodok masak garing  dan rangup dimakan.

Pada mulanya saya teragak-agak nak makan ke tak nak.Rasa tekak macam tak leh terima je,takot rasanya yang  bukan-bukan.Usai sahaja masak cekodok,saya memberanikan diri untuk mencuba menu sarapan pagi itu.Rupa-rupanya rasanya boleh tahan sedapnya terutama yang garing.Saya makan tidaklah banyak sangat sekadar alas perut sahaja.

Banyak benda baru  yang saya selepas berkahwin dengan suami,orang Melaka.Adat budaya dan cara hidup yang berbeza-beza.Begitu juga dengan makanan.Banyak menu masakan atau makanan yang saya tak pernah jumpa dan tak pernah makan sebelum ini,saya kenal dan bercinta di rumah suami di Kampung Lereh, Tanjung Kling,Melaka.Masakan yang paling saya suka dan jatuh cinta adalah Masak Lada masakan mak.emmmmmm sedapnya.

Alhamdulillah,mujurlah saya ni tidak terlalu memilih dan cerewet dalam bab-bab makan.Mana yang lidah dan tekak saya boleh terima,saya balun jer  :)